Artikel ini menjelaskan suatu fungsi yang ada dalam Firefox 3.5, Pelayaran Peribadi, yang membolehkan anda untuk melayari Internet sementara Firefox tidak mengingati apa-apa data tentang laman-laman dan halaman-halaman web yang telah anda kunjungi:
- Untuk menggunakan fungsi ini, kemaskini kepada Firefox 3.5.
- Untuk mencari maklumat tentang mengosongkan sejarah pelayaran dalam Firefox 3.0.x, sila rujuk Mengosongkan Data Peribadi.
Sejarah digunakan oleh pelayar internet untuk meningkatkan kepuasan anda semasa melayari Internet. Apabila pelayar mengingati suatu laman web yang pernah anda kunjungi atau nama pengguna dan kata laluan bagi laman web kegemaran anda, maklumat ini digelar sejarah anda.
Akan tetapi, anda mungkin tidak menginginkan keadaan di mana pengguna-pengguna lain komputer anda dapat melihat atau mencapai maklumat tersebut. Contohnya, jika seorang kawan atau ahli keluarga berkongsi komputer dengan anda, mungkin anda tidak ingin laman-laman web yang pernah anda kunjungi dan fail-fail yang pernah dimuat turun dilihat oleh mereka.
Firefox 3.5 dan versi-versi seterusnya menyediakan fungsi "Private Browsing" atau pelayaran peribadi, yang membolehkan anda melayari Internet sementara Firefox tidak menyimpan apa-apa data tentang laman dan halaman web yang pernah anda kunjungi.
Jadual Kandungan
Jenis data yang tidak diingati oleh Pelayaran Peribadi
- Halaman yang dikunjungi: Tiada halaman akan ditambah ke senarai laman web dalam menu History, tetingkap Library senarai History atau senarai alamat Bar Lokasi Pintar.
- Butiran Borang dan Bar Pencarian: Tiada apa-apa yang anda masukkan ke dalam kotak teks pada laman web atau bar pencarian akan disimpan untuk Borang auto-lengkap.
- Kata-kata laluan: Kata laluan tidak akan dilengkapkan secara automatik dalam sesi Pelayaran Peribadi, dan kata laluan baru tidak akan disimpan.
- Butiran Senarai Muat Turun: Fail-fail yang anda muat turun tidak akan kekal pada senarai dalam tetingkap muat turun setelah anda mematikan pelayaran peribadi.
- Cookies: Cookies ialah fail-fail yang ditulis oleh laman-laman web yang menyimpan maklumat pada komputer anda, contohnya kecenderungan anda pada suatu laman tertentu. Maklumat-maklumat ini tidak akan disimpan. Untuk maklumat lanjut tentang cookies, sila rujuk Kuki - Maklumat yang disimpan di dalam komputer mengikut laman web.
- Fail-fail cache: Fail Internet sementara atau fail-fail cached dari laman-laman web tidak akan disimpan sehingga anda mematikan Pelayaran Peribadi.
- Jika anda membuat Tandabuku baru sementara menggunakan Pelayaran Peribadi, tanda-tanda buku tidak akan dipadam apabila anda mematikan Pelayaran Peribadi.
- Jika anda menyimpan fail-fail kepada komputer anda apabila menggunakan Pelayaran Peribadi, fail-fail tersebut tidak akan dipadam apabila anda mematikan Pelayaran Peribadi. Akan tetapi, fail-fail yang anda buka dalam aplikasi luar akan dikosongkan dari folder sementara sistem, dan tiada fail yang anda muat turun akan dipaparkan dalam senarai tetingkap muat turun.
Memulakan Pelayaran Peribadi
- Klik pada menu
Imej "c2865a810710523cf0602299e032059d-1244835471-43-1.PNG" tidak wujud.Template "windowsPic" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan. dan pilih .
- Kali pertama anda menghidupkan Pelayaran Peribadi, Firefox akan memberi amaran bahawa Firefox akan menyimpan tetingkap dan tab anda pada masa tersebut supaya dapat dipaparkan setelah anda berhenti menggunakan Pelayaran Peribadi. Klik pada
Imej "c2865a810710523cf0602299e032059d-1244835471-43-2.PNG" tidak wujud.Template "windowsPic" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan. untuk langkah seterusnya.
- Tandakan kotak di sebelah "Do not show this message again" jika anda tidak ingin menerima amaran ini lain kali anda menggunakan Pelayaran Peribadi.
- Anda akan memasuki mod Pelayaran Peribadi, dan skrin maklumat Pelayaran Peribadi akan dipaparkan.
Imej "c2865a810710523cf0602299e032059d-1244835471-43-3.PNG" tidak wujud.Template "windowsPic" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan.
Apabila berada dalam mod Pelayaran Peribadi, tajuk tetingkap Firefox akan memaparkan (Private Browsing) semasa sesi anda.
Imej "c2865a810710523cf0602299e032059d-1244835471-43-4.PNG" tidak wujud.Template "windowsPic" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan.
Mematikan Pelayaran Peribadi
Untuk mematikan sesi Pelayaran Peribadi:
- Klik pada menu
Imej "c2865a810710523cf0602299e032059d-1244835471-43-5.PNG" tidak wujud.Template "windowsPic" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan. dan pilih butiran . - Tetingkap dan tab yang anda sedang gunakan apabila anda memulakan Pelayaran Peribadi akan dipaparkan dan anda boleh menggunakan Firefox seperti biasa. Tajuk tetingkap Firefox tidak lagi memaparkan (Private Browsing) apabila Pelayaran Peribadi dimatikan.
Sentiasa memulakan Firefox dalam sesi pelayaran peribadi
Terdapat satu setting dalam tetingkap OptionsPreferences yang akan memulakan Pelayaran Peribadi secara automatik apabila anda memulakan Firefox.
- Klik butang menu dan tekan . .
- Pilih panel
Template "windowsPic" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan. . - Di bawah Firefox will: pilihkan Use custom settings for history.
- Klik dan pilih Automatically start Firefox in a private browsing session.
- Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.